Tarikh : 10 Ogos 2018 Masa : 3.30 petang - 5.30 petang Lokasi : PI Peramu Jaya 3 Peserta : 5 orang |
Tujuan
Tujuan kelas video ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai tokoh dan pemimpin kemerdekaan yang telah berkorban demi bangsa dan negara.
Aktiviti
Pengguna telah diberi pendedahan dan tayangan video mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan di negara Malaysia ini. Di dalam video tersebut juga terkandung setiap pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk negara tercinta. Dengan adanya tayangan seperti ini, pengguna juga lebih memahami tentang pengorbanan yang telah dilakukan dengan lebih dekat. Setelah selesai tayangan, pengguna akan diuji dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan video yang telah mereka tonton. Ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka terhadap kemerdekaan negara.
Tarikh : 27 & 28 Julai 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : PI Peramu Jaya 3 Peserta : 1 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai microsoft word yang perlu digunakan.
Aktiviti
Pengguna telah diajar untuk menghasilkan surat kiriman rasmi. Pengguna telah menghasilkan surat kiriman rasmi mengikut format yang betul dengan karangan ayat lebih berpatutan.
Tarikh : 12 Jun 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : PI Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang pengguna sekaligus untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk lebih mahir menggunakan microsoft office word.
Aktiviti
Pengguna telah diberi arahan untuk menghasilkan kad raya beserta dengan ucapan yang menarik berkaitan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.Mereka harus menghasilkan kad raya mengikut kreativiti sendiri dengan ucapan yang menarik.
Tarikh : 24 Jun 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : PI Peramu Jaya 3 Peserta : 5 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan dan cara untuk menghasilkan pelan lokasi untuk tujuan kerja kursus persekolahan.
Aktiviti
Pelajar diajar cara untuk menghasilkan pelan mengikut ciri ciri seperti yang diinginkan. Mereka menghasilkan pelan lokasi dengan menggunakan kesemua kemudahan yang telah tersedia di dalam aplikasi microsoft office word. Setelah diberi tunjuk ajar, mereka mampu untuk menghasilkan pelan lokasi seperti yang diinginkan secara kreatif dan menarik.
Tarikh : 7 Jun 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : PI Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Tujuan kelas KDB diadakan adalah untuk memberi maklumat dan tunjuk ajar kepada pengguna tentang program KDB yang turut diadakan di PI.
Aktiviti
Memandangkan hari perayaan Aidilfitri menjelang tiba, pengguna telah diajar untuk menghasilkan sampul duit raya mereka sendiri. Mereka telah diajar untuk menghasilkan sampul duit raya dengan menggunakan microsoft word di komputer. Dengan ini, pengguna akan lebih memahami dan mahir untuk menggunakan microsoft word. Mereka diajar untuk menghasilkan sampul duit raya mengikut kreativiti sendiri.