Tarikh : 14 Mei 2018

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 2 orang 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai penggunaan media sosial di komputer secara berhemah dan lebih selamat.

 

Aktiviti

Pengguna diajar untuk mendaftar dan membuka akaun media sosial mereka. Setiap penggunaan dan posting mereka perlulah mengikut peraturan seperti yang telah ditetapkan oleh SKMM. Dengan cara ini, segala maklumat peribadi akan disimpan dengan lebih selamat. Pengguna juga haruslah bijak menggunakan internet agar tidak terlibat dengan gejala negatif dan jenayah siber.