PERUSAHAAN MAKANAN  PERAMU JAYA 3

MUHAMMAD AIMAN HIBATULLAH BIN HASNUDDIN dan rakan-rakan. Beliau merupakan penduduk tetap di Peramu Jaya 3 dan hampir 3 tahun mengusahakan secara aktif perniagaan berunsurkan makanan segera . Berikut merupakan butir-butir berkenaan perniagaan Muhammad Aiman dan rakan-rakan. 

 
Muhammad Aiman merupakan peniaga makanan iaitu burger. Perniagaannya yang telah didaftar di bawah nama NinetyThreeBurger telah mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk Peramu Jaya 3. Perniagaan ini diusahakan bersama sahabat-sahabatnya. Mula beroperasi pada tahun 2015 sehingga kini. NinetyThreeBurger beroperasi di hadapan kawasan rumah Muhammad Aiman sendiri.  Untuk mengetahui lebih lanjut atau mendapatkan produk ini, boleh layari facebook https://www.facebook.com/pg/NinetyThreeBurger/about/?ref=page_internal atau juga boleh hubungi Muhammad Aiman di talian 013-936 1219. Jika ingin terus mendapatkan burger pilihan ramai ini, bolehlah terus ke kawasan perniagaan yang beralamat , no 12,Lorong Intan 1/1 Peramu Jaya 3, Pekan.
 
 
 
 
15036408 1704935299824050 3595732290723799799 n
 
 
 
 
 
 
15267750 1712721135712133 4182580987986193950 n
 
 
 
 
 
 
14963268 1700367313614182 7646516116541788581 n
 

Terdapat pelbagai makanan istimewa di Daerah Pekan. Tetapi yang paling sinonim dengannya adalah Opor daging dan Puding Raja. Opor daging selalunya dimasak semasa keramaian contohnya kenduri kahwin dan majlis-majlis besar. Opor daging dimasak menggunakan rempah yang disediakan istimewa oleh orang pekan dan mempunyai rasa yang sangat lazat. Opor daging boleh dimakan bersama pelbagai jenis nasi seperti nasi putih atau nasi minyak.

Selain daripada Opor daging terdapat juga menu untuk pencuci mulut. Menu ini berasal daripada istana dan menjadi menu istimewa kerabat diraja. Selalunya menu ini dihidangkan sebagai pencuci mulut dimajlis-majlis besar dan yang istimewanya menu ini menggunakan jala emas. Jala emas ini di perbuat daripada telur kuning dan gula dan selain itu juga ianya dihidang bersama pisang lemak manis dan susu. 

Jika singgah di Daerah Pekan bolehlah mencuba keistimewaan 2 menu ini.

 

                                 

 Terdapat juga beberapa restoran makanan di sekitar peramu jaya 3. Antaranya :

1. Secret Recipe

2. Anjung Selera

3. Murtabak Mengkasar

4.Mc Donalds