Tarikh : 19 Mac 2018 Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3 Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna untuk menggunakan microsoft word dengan betul dan lebih efektif.
Aktiviti
Pengguna telah dilatih oleh petugas pusat internet untuk membuat kad ucapan kepada rakan. Beliau dilatih cara yang betul untuk menyiapkan kad ucapan. Kad ucapan yang menarik telah dapat disiapkan mengikut kreativiti tersendiri.
Tarikh : 18 Mac 2018 Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3 Peserta : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengguna mengenai penggunaan microsoft powerpoint dalam sesuatu urusan.
Aktiviti
Pengguna pelajari cara menggunakan microsoft powerpoint untuk menyiapkan tugasan persekolahan dan tugasan peribadi. Pengguna juga pelajari elemen tambahan lain yang terdapat di dalam microsoft powerpoint untuk menjadikan tugasan mereka lebih menarik. Antara tugasan yang telah mereka lakukan adalah membuat carta organisasi. Selain itu, beliau juga turut menggunkan kemudahan dan kreativiti tersendiri untuk mencipta logo untuk tujuan aktiviti persekolahan.
Tarikh : 17 Mac 2018 Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3 Peserta : 7 orang |
Tujuan
Taklimat My Komuniti diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat , memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai aplikasi dashboard iaitu My Komuniti. Selain itu , taklimat ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti setempat untuk lebih selalu menggunakan aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti.
Aktiviti
Komuniti belajar cara untuk membuat ucapan dan sekaligus membuat ucapan sempena cuti sekolah..
Tarikh : 18 Mac 2018 Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3 Peserta : 3 orang |
Tujuan
Kelas asas teknologi maklumat & komunikasi diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang internet dan pengenalan kepada internet yang perlu mereka pelajari.
Aktiviti
Pengguna diberi latihan dan maklumat tentang pengenalan kepada internet.Memandangkan pengguna adalah daripada golongan belia dan masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, beliau dilatih untuk cara mencari dan menyemak kekosongan dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja. Beliau juga telah memohon beberapa jawatan kosong yang tersenarai. Dengan latihan yang diberi ini, beliau boleh melakukan aktiviti ini dengan sendiri pada masa akan datang.
Tarikh : 12 Mac 2018 Masa : 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3 Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna untuk membuat surat dan agenda program mengikut kriteria yang betul.
Aktiviti
Pengguna telah dilatih oleh petugas pusat internet untuk membuat surat dengan cara mereka sendiri. Penulisan surat yang betul dan formal adalah penting untuk dilakukan mengikut kriteria yang tepat. Penulisan surat dan agenda penting untuk sesebuah organisasi agar orang ramai boleh tahu dan faham cara kerja organisasi tersebut. Dengan latihan yang diberi, mereka boleh membuat surat dengan lebih baik.