Terdapat banyak tempat perlancongan yang menarik di Daerah Pekan contohnya Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Muzium Sultan Abu Bakar, Pusat Tenun Pulau Keladi, Muzium Masjid Sultan Abu Bakar, Muzium Sampan, Pekan Riverfront, Pantai Air Leleh, Pantai Tanjung Gosong, Tasik Chini dan lain-lain.

 ISTANA SULTAN ABU BAKAR

 

Istana Abu Bakar telah dibina pada awal 1960-an. Istana ini diberi nama sempena nama Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah, Sultan Pahang yang ke-IV yang memerintah pada masa itu.

Istana ini telah dijadikan Istana rasmi iaitu tempat bagi majlis adat istiadat seperti pengurniaan darjah kebesaran dan di dalamnya terdapat Balairung Seri.   

                                                                                                                                    (Sumber: http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=1703)

 

ISTANA MANGGA TUNGGAL

 

Istana Mangga Tunggal 1

 

Pada awalnya didiami oleh Panglima Perang iaitu ayahanda kepada Almarhumah Tengku Ampuan Pahang yang mana ketika itu Panglima Perang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang pertama. Nama Istana Mangga Tunggal ini diambil dari sepohon pokok mangga yang berbuah hanya sebiji pada setiap kali musim berbuah di kawasan istana tersebut. Pembinaannya dilakukan oleh seorang tukang Melayu yang mahir iaitu Awang Mat Ali yang merupakan orang yang telah banyak membina istana diraja pada waktu itu. Pembinaannya dilakukan pada tahun 1934. Istana Mangga Tunggal ini juga adalah merupakan tempat bersemayam Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.

 

 

MUZIUM MASJID SULTAN ABDULLAH

masjidputih

 

 

Masjid Sultan Abdullah yang kini berusia 84 tahun, siap dibina pada tahun 1932 merupakan masjid utama di bandar Pekan ketika pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah
Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah.

Masjid tersebut berfungsi sebagai masjid utama 1932 sehingga 1976 dan tinggalkan kosong setelah siapnya Masjid baharu, Masjid Sultan Ahmad Shah bersebelahan Makam Diraja Pekan.

                                                                                                                                         (Sumber: http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?p=6658)

 

 

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR 

 

 

 

 

 

Bangunan bersejarah ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen Britsh bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888. Dalam tahun 1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Baginda menjadikannya sebagai Istana Rasmi Negeri dan diberi gelaran nama “Istana Kota Beram” menggantikan Istana Sri Terentang. 

 

 

cafe belibis

 

KAFE BELIBIS ( KAFE MUZIUM KERETA API )

Alamat : Jalan Sultan Ahmad, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang 

( bersebelahan Muzium Sultan Abu Bakar Pekan )

Waktu operasi : 8.00 pagi 6.30 petang

 

Terbaharu Pekan yang terkenal dengan gelaran sebagai "Bandar Diraja" mempunyai satu lagi tarikan yang wajib untuk dikunjungi iaitu Kafe Muzium Kereta ApiKafe ini berkonsep unik dan merupakan suatu pengalaman yang jarang dialami apabila anda berpeluang menjamu selera di dalam koc kereta api. Kafe Kereta Api ini terletak bersebelahan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan. Idea untuk mewujudkan Kafe Kereta Api ini adalah inisiatif untuk memelihara sejarah Kereta Api Tanah Melayu (KTM) sebagai salah satu penyedia pengangkutan kereta api di Pahang.Kafe tersebut dibina daripada 1 Lokomotif KTM Class 22 dan 3 koc. Kafe ini telah dibuka pada 17 Januari 2022. Sambil menjamu selera , pengunjung juga boleh menikmati permandangan sekitar jika memilih untuk makan di meja luar koc.

 

 

 

 

 

 TEMPAT LAHIR TUN ABDUL RAZAK

1918605 110795538954273 8250379 n

 

 

Kampung Pulau Keladi adalah antara kampung paling tua dalam Daerah Pekan selain Kampung Mengkasar, Kampung Parit dan Kampung Besta. Kampung ini terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar diraja Pekan. Pulau Keladi terbahagi kepada dua kampung kecil, iaitu, Kampung Medangsa dan Kampung Pulau Keladi. Kampung ini dipercayai telah ditubuhkan oleh Pucat Ahmad dan Juragan Mahmud. Kebanyakan rumah dibuat daripada pokok-pokok dari hutan seperti nibung, buluh dan nipah. Rekabentuk rumah-rumah yang dibina telah menjadi rekabentuk tradisional Melayu sehingga kini.
Sebuah daripada rumah yang telah dibina di Kampung Pulau Keladi pada masa itu adalah kepunyaan Haji Daud Abdul Rahman dan isterinya, Nurita Sulaiman. Rumah ini kemudian diduduki oleh Tuk Hussein Mohd. Taib yang merupakan Orang Kaya Kesembilan Indera Shah Bandar dan isterinya Hajah Fatimah Daud. Tun Abduk Razak bin Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia telah dilahirkan di rumah ini. Rumah ini telah diambil alih oleh Muzium Negeri Pahang pada tahun 1985. Ianya dibina semula mengikut rekabentuk asal tetapi bahan-bahan binaan telah digabungkan dengan bahan pembinaan moden. Rumah ini telah dibina semula dengan menggunakan kayu cengal dan menjadi rekabentuk asli rumah Melayu bagi negeri Pahang.
Sebagaimana rumah orang Melayu lain, rumah ini melingkungi tiga seksyen iaitu serambi, rumah ibu dan dapur. Koleksi Tun Razak terutama gambar pelbagai aktiviti beliau dipamerkan dalam rumah ini. Selain itu, katil di mana Tun Abdul Razak tidur semasa beliau kecil juga dipamerkan. Setelah siap dibina semula rumah ini dibuka kepada pelawat-pelawat mulai April 1986 daripada 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Isnin dan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00.

 

 

 KOMPLEKS BUDAYA PULAU KELADI

Keladi500

 

 

Kampung Budaya Pulau Keladi merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang di samping pelbagai kemudahan lain yang disediakan untuk pelawat termasuklah gerai karyaneka, kawasan rekreasi dan pusat permainan tradisional. Pusat Tenunan Sutera Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai serta para pelawat tentang proses menenun yang diwarisi sejak turun-temurun. Para pelawat bukan sahaja diberi maklumat dalam bentuk lisan dan pemeran bergambar, malah turut diberi peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses menenun dilakukan. Para pelawat juga boleh membeli hasil tenunan secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan. Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Shahiruddin Ab. Moin pada 18 Mei 1996. Bermula dari tahun 2007, Institut Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam mula dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2009. Ia merupakan projek usahasama Muzium Negeri Pahang dengan Kraftangan Malaysia. Institut tersebut diyakini akan mencapai matlamatnya untuk mendidik dan melahirkan lebih ramai penenun yang kreatif dan berdaya saing.

 

 

 

 

 

 

                

 

TAMAN TASIK SULTAN ABU BAKAR

 

Taman Tasik Sultan Abu Bakar adalah sebuah taman awam di Peramu, Pekan Pahang.Ia terletak di sepanjang jalan utama yang melalui bandar Pekan - Kuantan. Taman Tasik Sultan Abu Bakar mempunyai tasik buatan manusia di tengah taman tersebut. Di dalam kawasan taman - taman adalah Pusat Sukan komuniti dan Pusat Penerangan Pelancongan Kawasan ini juga mempunyai restoran makanan segera Mac Donald.

 

 

                                             

 

PEKAN RIVERFRONT

Pekan Riverfront adalah sebuah taman awam di Pekan, Pahang. Ia adalah tempat yang popular bagi penduduk tempatan untuk berkumpul, terutamanya pada waktu petang. Gerai-gerai akan beroperasi untuk menjual pelbagai makanan penjaja. Pekan Riverfront terletak di sebelah Jalan Sultan Ahmad. Taman ini menghadap ke Sungai Pahang. Jarak yang singkat dari sini adalah mercu tanda utama bandar seperti Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Abdullah.

 

 

GALERI PENGANGKUTAN AIR

 

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bandar Pekan. Diantaranya ialah Galeri Pengangkutan Air. Di sini banyak perahu dan kapal kecil yang diperbuat dari kayu dipamer untuk tatapan pengunjung. Setiap perahu diberikan klasifikasi dan justifikasi untuk informasi pengunjung. Ianya dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung.Kita sedia maklum pembuatan perahu dan kapal turut mementingkan nilai kesenian sebab itu perahu di sini banyak diukir dengan hiasan yang cantik.Jadi jika meminati sesuatu yang mempunyai unsur maritim, budaya dan warisan....disini merupakan tempat yang perlu dilawati.

 

 

PUSAT TENUN DIRAJA

Terletak di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Kedudukannya 3 km dari bandar Pekan. Bangunan yang ada sekarang merupakan bangunan yang kedua, dibina pada tahun 1986. Di sini ada menjual kain sutera dengan harga antara RM70 hingga RM200 bergantung pada jenis kain yang dibeli. Di samping itu, pusat ini juga menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat. Pusat tenun Sutera yang dibimbing oleh Hajah Meriam Binti Abdul Rahman ini juga melatih masyarakat luar di tempat-tempat lain apabila diperlukan.

 

Kalau berkunjung ke Pekan, terdapat banyak tempat penginapan untuk dikunjungi mengikut bajet masing-masing.Sekiranya ingin membawa famili yang ramai bolehlah menginap di Homestay kerana terdapat banyak homestay yang cantik dan menarik. Selain daripada itu juga jika ingin menginap di hotel budget terdapat beberapa hotel bugdet di daerah pekan.Di Pekan juga terdapat tempat yang mewah dan santai boleh juga menginap di Hotel Ancasa Royel Pekan yang terletak betul-betul di tepi sungai Pahang.

 

   

 

 

 

HOTEL ANCASA ROYALE PEKAN

 

   

 

HOTEL BUDGET PESONA

 

   

 

 

CHIEF'S REST HOUSE

Sub-kategori