Kemudahan awam yang terdapat di Peramu Jaya 3 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap.Keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, klinik kesihatan, balairaya, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dewan orang ramai dan surau juga turut terdapat di Peramu Jaya 3.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di bandar Pekan, Pahang.

 

MASJID PULAU SERAI 

 

masjid pulau serai

 

 

SURAU PERAMU JAYA 3

 

surau pj3

 

SURAU AL-FIRDAUS TANAH PUTIH

surau firdaus

 

 

MAKLUMAT KAMPUNG

 

Kg Peramu Jaya 3 terletak dalam Mukim Pahang Tua. Terdapat 5 buah kampung sekitar Mukim Pahang Tua. Kampung-kampung tersebut adalah:-

 

i) Kg Peramu Jaya 3

ii) Kg Lamir

iii)Kg Pahang Tua

iv)Kg Tanah Putih 

v) Kg Sawah

 

Di bawah Kg Peramu Jaya 3 pula terdapat 5 Taman Perumahan iaitu:-

 

i) Peramu Jaya 3

ii) Peramu Jaya 2

iii)Taman Mentiga Jaya

iv) Taman Sepekan Jaya

v) Taman Sepekan Makmur

vi) Perumahan Rakyat 1 Malaysia

vii) Perumahan Pulau Serai

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan kepada penduduk sejajar dengan perkembangan semasa. Terdapat 4 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah disekitar Peramu Jaya. Sekolah-sekolah tersebut adalah:-

 

Sekolah Rendah

 

i) SK Tanah Putih

ii) SK Pahang Tua

iii) SK Peramu Jaya

iv) SK Pulau Serai

v) SK Pekan Jaya

 

Sekolah Menengah

 

i) SMK Dato' Mahmud Mat

ii) SMK Peramu Jaya

iii) Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI)

iv) Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak

 

Selain daripada itu juga kemudahan-kemudahan awam lain seperti Dewan Orang Ramai, Perpustakaan Awam, Pejabat Pendidikan, Pusat Kesihatan, Pejabat KWSP, Pondok Polis dan Balai Bomba terletak disekitar kawasan ini.