Tarikh : 11 - 15 Mac 2020

Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari ilmu usahawan dengan lebih mendalam. Dengan menyertai kelas ini , pelajar boleh mengetahui tentang selok belok perusahaan dan perniagaan yang akan mereka jalankan. Dengan itu , mereka boleh menjalankan dan menguruskan perniagaan dengan lebih baik.

 

Aktiviti

Pelajar mengikuti kelas usahawan yang dijalankan oleh pengurus dan penolong pengurus PI. Pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa kelas dijalankan termasuklah ilmu asas perniagaan , cara menguruskan perniagaan dan kaedah memperluaskan dan mengiklankan perniagaan.

Tarikh : 25 Februari 2020

Masa : 2.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas / aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat untuk menggunakan aplikasi SPA bagi tujuan mencari pekerjaan memandangkan beliau telah menamatkan pelajarannya. Pendedahan yang diberi bagi menjelaskan lagi dengan lebih terperinci mengenai sistem yang digunakan.

 

Aktiviti

Pencarian pekerjaan menggunakan portal SPA.

Tarikh : 1 Disember 2019 

Masa : 10.00 Pagi

Lokasi : PI Peramu Jaya 3 

Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat mengenai emel dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Komuniti mempelajari cara mencipta akaun email dan cara menggunakan email untuk tujuan tugasan atau peribadi.

 

Tarikh : 31 Januari 2020 

Masa : 3.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas / aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan mendidik komuniti tentang rukun Islam. Disamping memberi pendedahan , komuniti juga dapat mengetahui dan belajar mengenai penggunaan komputer dengan lebih baik.

 

Aktiviti

Komuniti menjawab kuiz online rukun Islam 

Tarikh : 23 November 2019 

Masa : 2.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada sukarelawan yang terlibat untuk menyediakan laporan tugasan yang telah diberikan.

 

Aktiviti

Kelas membuat laporan