Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Pejabat Pendidikan Daerah Pekan terletak di kawasan Peramu Jaya di mana ia menjadi salah satu pusat tumpuan untuk sistem pendidikan daerah. Pegawai Pendidikan Daerah Pekan adalah Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus.

 IMG20150514094604

 

Alamat :

Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Peramu Jaya, 26600 Pekan,

Pahang Darul Makmur.

Tel : 09 426 4441  Faks : 09 426 4443

 

SEKOLAH SEKITAR PERAMU JAYA

 

 

SEKOLAH RENDAH

1. SK Peramu Jaya

2. SK Pekan Jaya

3. SK Pulau Serai

4. SK Tanah Putih

5. SK Langgar

6. SK Pahang Tua

 

 

SEKOLAH MENENGAH

1. SMK Dato' Mahmud Mat

2. SMK Peramu Jaya

3. SMK Seri Pekan

4. SBP Intergrasi Tun Abdul Razak

5. MRSM Tun Abdul Razak

 

 

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

1. Kolej Komuniti Pekan

 

KolejKomunitiPekan

 

Kolej Komuniti Pekan (KKPP) mula beroperasi pada bulan April 2011  di kampus sementara iaitu di Kolej Komuniti Rompin. Pembinaan kampus tetap kolej telah bermula pada Julai 2010 dan telah mula beroperasi pada Ogos 2012. Bangunan Kolej Komuniti Pekan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 17 Mei 2014. KKPP telah melaksanakan pelbagai Program Latihan 1 Malaysia sepanjang tahun 2011 dan pada masa sekarang pihak kolej aktif menjalankan kursus-kursus pendek di sekitar Daerah Pekan dan juga Program Sepenuh Masa. Pengambilan pertama pelajar telah diadakan pada 3 Oktober 2012. KKPP menawarkan dua Program Sijil iaitu Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.

Kampus tetap KKPP yang beralamat di Jalan Pekan-Kuantan, Peramu Jaya, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang kelas, bengkel, perpustakaan, makmal komputer dan peralatan mengajar yang canggih dan terkini serta tenaga pengajar yang berpengalaman bagi memastikan setiap program yang dijalankan adalah berkualiti. KKPP yakin dapat memperkasakan sosio-ekonomi penduduk Daerah Pekan melalui peluang pendidikan sepanjang hayat dan kemahiran  yang ditawarkan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, usia dan taraf pendidikan.

 

 

 

 

 

2. IKM Tan Sri Yahaya Ahmad ( IKM TSYA )

 

ikm

 

Visi : Menjadi organisasi pendidikan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

Misi : Meneraju pendidikan teknikal dan vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti, kompeten dan berinovasi serta berpotensi             menjadi teknousahawan

Objektif IKM

  • Berusaha mempastikan pencapaian pelajar setiap sesi:
  • Sekurang-kurangnya pada tahap 80% kelulusan daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan;
  • Sekurang-kurangnya 30% pelajar mencapai CGPA 3.0 ke atas; dan
  • Sekurang-kurangnya 5% pelajar mempunyai GPA 3.5 ke atas.
  • Melaksanakan pengisian kuota pelajar mencapai sekurang-kurangnya 95% daripada kuota yang diperuntukan pada setiap sesi.
  • Melaksanakan proses penyeliaan sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun bagi mempastikan 90% tenaga pengajar akur terhadap prosedur pengajaran dan pembelajaran.
  • Menggunakan peruntukan pembangunan sekurang-kurangnya 90% daripada keseluruhan peruntukan tahunan yang diluluskan.
  • Melaksanakan program pembangunan staf sekurang-kurangnya sekali bagi setiap individu dalam masa satu tahun.
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali pemeriksaan peralatan latihan dan pentadbiran bagi memastikan sekurang- kurangnya 90% dalam keadaan baik pada setiap sesi.

 

 

3. Pusat Giatmara Pekan

 

 

pusatgiatmara

 

 

Pusat GIATMARA adalah pusat latihan yang menawarkan latihan teknikal dalam pelbagai bidang kemahiran di seluruh negara. Terdapat juga pusat giatmara cawangan pekan yang terletak di Lot PT 11732, Mukim Langgar, Bandar Baru Peramu, 26600, Pekan. Pusat Giatmara Pekan boleh dihubungi melalui 09-4260273 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

 

Kursus yang ditawarkan di pusat giatmara pekan ialah :

  • 1. Pendawai Elektrik (PW2)
  • 2. Fashion and Dressmaking
  • 3. Teknologi Automotif
  • 4. Solekan dan Gaya Rambut

 

4.DRB-Hicom Kolej Automotif Antarabangsa ( ICAM )

 

nwI8fRhl

 

  • ICAM ditubuhkan pada tahun 2010 dengan sasaran memperkukuhkan dan membantu membangunkan industri automotif negara dengan menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan sikap profesional dan mahir dalam bidang akademik, teknologi, kejuruteraan dan perniagaan. ICAM menawarkan pelbagai sub kepelbagaian dalam komuniti automotif seperti Sistem Pengurusan Automotif (DMS), Pengurusan Kenderaan Kendaraan (DVA), Pemeriksaan Kenderaan (DVI), Teknologi Automotif (DAT), Pengurusan Bahagian Automotif (DPM) DRM) dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dengan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). ICAM memupuk modul pembelajaran holistik dan bersepadu dengan bantuan pakar-pakar mata pelajaran dan profesional industri, dalam dan luar negara. Program-program yang luas yang ditawarkan adalah sejajar dengan tuntutan industri terkini dan piawaian yang sentiasa berubah-ubah. Kampus ICAM terletak di tapak seluas 42 ekar di Pekan, Pahang berhampiran Kompleks Automotif DRB-HICOM, ini memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat lebih berkesan dan dilaksanakan dalam persekitaran yang lebih tenang dan menyeronokkan. 

 

 

5.Pusat Tuisyen Galaksi Ilmu

galaksi ilmu

Alamat : 

14, Aras 2, Lorong Peramu Permai 1, Kampung Peramu Permai, 26600 Pekan, Pahang

No. tel :

019-7582669