Tarikh : 8 Mac 2018

Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang 

 

Tujuan

Kelas asas teknologi maklumat & komunikasi diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang internet dan pengenalan kepada internet yang perlu mereka pelajari.

 

Aktiviti

Pengguna diberi latihan dan maklumat tentang pengenalan kepada internet.Memandangkan pengguna adalah daripada golongan belia dan masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, beliau dilatih untuk cara mencari dan menyemak kekosongan dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja. Beliau juga telah memohon beberapa jawatan kosong yang tersenarai. Dengan latihan yang diberi ini, beliau boleh melakukan aktiviti ini dengan sendiri pada masa akan datang.

Tarikh : 5 Mac 2018                                

Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengguna mengenai penggunaan microsoft word dalam sesuatu urusan.

 

Aktiviti

Pengguna pelajari cara menaip dan menggunakan microsoft word untuk menyiapkan tugasan persekolahan dan tugasan peribadi. Pengguna juga pelajari elemen tambahan lain yang terdapat di dalam microsoft word untuk menjadikan tugasan mereka lebih menarik. Selain itu, pengguna juga dilatih untuk melakukan flyers. Dengan itu, pengguna boleh menggunakan kemahiran yang ada untuk masa akan datang.

Tarikh : 13 Februari 2018

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 8 orang 

 

Tujuan

Pengguna membuat ucapan sempena tahun baru cina 2018.

 

Aktiviti

Pengguna mendaftar masuk ke dalam dashboard komuniti dan memilih untuk membuat ucapan di my komuniti. Mereka membuat ucapan sempena Tahun Baru Cina 2018. Selain melatih mereka untuk menggunakan dashboard komuniti, mereka juga lebih peka dengan tarikh-tarikh penting di dalam Malaysia.

Tarikh : 5 Mac 2018

Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai aplikasi di dalam talian yang boleh digunakan untuk beliau ketika di luar pusat internet.

 

Aktiviti

Pengguna menggunakan laman web e dagang di komputer untuk mengisi maklumat persekolahan anak beliau. Beliau juga turut dilatih oleh petugas pusat internet untuk turut melakukan perkara yang sama dengan menggunakan telefon bimbit sendiri ketika di luar pusat internet. Dengan kemudahan internet tanpa wayar, beliau boleh mengakses internet ketika berada di rumah.

Tarikh : 19 Februari 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 5 orang 

 

Tujuan

Taklimat memperkenalkan emel ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keahlian pi kepada yang mengikuti taklimat ini dan tujuan yang utama adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai e-mel dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat mengenai maksud e-mel. Mereka diajar penggunaan dan kepentingan e-mel. Selepas itu, mereka telah membuat pendaftaran akaun e-mel dan sekaligus menbuat penghantaran e-mel buat pertama kali. Selain itu, mereka juga diajar untuk mencantikkan emel mengikut citarasa sendiri.