http://peramujaya3.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini#sigFreeId81d50dcc5b
Pada 26 Mei 2022 , Tabika Dan Taska Kemas Peramu Jaya 3 telah mengadakan Bengkel Kemahiran Keibubapaan untuk para ibu bapa di sekitar perumahan Peramu Jaya 3. Bengkel ini memberi pendedahan dan ilmu kepada para wanita dan ibu bapa mengenai penjagaan anak mereka yang berada di bawah jagaan pihak tadika. Di samping itu, tujuan bengkel ini diadakan juga untuk memberi pendedahan mengenai isu semasa yang berleluasa sekarang iaitu kempen penjagaan kesihatan penyakit hfmd. Bengkel ini juga turut dirasmikan oleh ahli parlimen pekan , YB Dato Sri Sh Puzi Bin Sh Ali.
Wanita Peramu Jaya 3 juga tidak kurang hebatnya dengan persatuan-persatuan dan program-program yang sentiasa diadakan. Wanita Peramu Jaya 3 terkenal dengan Kumpulan Marhaban di mana sentiasa ada jemputan untuk majlis-majlis keramaian. Selain daripada itu Wanita Peramu Jaya 3 juga ada yang aktif dalam KRT dan SRS di bawah Jabatan Perpaduan Daerah Pekan. Pelbagai aktiviti dijalankan melibatkan riadah dan sosial di samping menjaga keselamatan kampung.
Pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439 Hijriah telah diadakan program World Quran Hour untuk persatuan wanita dan belia Peramu Jaya 3. Program tersebut berlangsung selama 1 jam yang telah dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Desa Peramu Jaya 3. Program tersebut dilangsungkan di dalam bulan Ramadhan bagi meningkatkan ibadah umat Islam untuk sepuluh hari terakhir ramadhan.World Quran Hour juga adalah kempen untuk menggalakkan setiap individu untuk Membaca, Memahami dan Memohon nilai-nilai dari Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Wanita Peramu Jaya 3 juga tidak kurang hebatnya dengan persatuan-persatuan dan program-program yang sentiasa diadakan. Wanita Peramu Jaya 3 terkenal dengan Kumpulan Marhaban dimana sentiasa ada jemputan untuk majlis-majlis keramaian. Selain daripada itu Wanita Peramu Jaya 3 juga ada yang aktif dalam KRT dan SRS di bawah Jabatan Perpaduan Daerah Pekan. Pelbagai aktiviti dijalankan melibatkan riadah dan sosial disamping menjaga keselamatan kampung.