Tarikh : 17 Oktober 2020 

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari 

Lokasi : PIK Peramu Jaya 3

Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada komuniti terlibat untuk menggunakan microsoft powerpoint dalam menyiapkan tugasan sekolah mereka. Mereka dikehendaki untuk melakukan pembentangan menggunakan microsoft powerpoint serta elemen yang terdapat di dalam microsoft tersebut.Justeru itu pihak PIK telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada mereka sehingga tugasan selesai dilakukan. 

 

Aktiviti

Mereke slaid pembentangan menggunakan microsoft powerpoint

 

Gambar aktiviti di sini

Tarikh : 12 September 2020

Masa : 10.00 pagi & 3.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 12 orang

 

Tujuan 

Memandangkan pertandingan poster diadakan , komuniti terlibat telah menyertai kelas untuk mereka cipta poster. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mereka cipta poster online dengan kaedah yang tepat. Tambahan pula , mereka diajar untuk mereka dan mengedit poster menggunakan software microsoft publisher yang disediakan. Selain memberi pendedahan , mereka juga kini telah mahir menggunakan software tersebut untuk tujuan pembelajaran.

 

Aktiviti

Kelas pertandingan poster 2020

 

Gambar aktiviti di sini

Tarikh : 28 Julai 2020

Masa : 4.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada komuniti yang terlibat tentang pertandingan yang telah diadakan di PI Peramu Jaya 3. Memandangkan mereka merupakan ahli PI yang aktif dan berminat dengan pertandingan yang dipertandingkan , petugas PI telah memberi beberapa tunjuk ajar mengenai cara cara untuk edit video yang bakal dihasilkan untuk pertandingan yang ada. Selain itu , mereka juga telah mendapatkan nasihat dan cadangan mengenai kraftangan yang bakal dihasilkan.

 

Aktiviti

Kelas edit video 

Tarikh : 15 Ogos 2020 

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkhidmatan penjualan online iaitu lazada dan shopee. Peserta terdiri daripada usahawan yang telah mengusahakan beberapa produk milik mereka sendiri. Selain memberi pendedahan mengenai penggunaan ict yang baik , mereka juga telah mempelajari kaedah yang berkesan untuk menjadi seorang usahawan yang terbaik. Justeru , pemasaran produk mereka telah dapat diperluaskan dengan platform yang telah dipelajari.

 

Aktiviti

Kelas usahawan lazada & shopee

 

Gambar aktiviti di sini

 

 

Tarikh : 25 Jun 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta :1 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat untuk menggunakan aplikasi google meet. Aplikasi tersebut digunakan untuk tujuan mesyuarat kerja yang perlu dihadirinya. Komuniti di ajar cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan lebih mahir dan baik. Disamping itu , pengetahuan ict komuniti juga bertambah baik.

 

Aktiviti

Mesyuarat menggunakan aplikasi google meet.