Tarikh : 24 Jun 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 5 orang 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan dan cara untuk menghasilkan pelan lokasi untuk tujuan kerja kursus persekolahan.

 

Aktiviti

Pelajar diajar cara untuk menghasilkan pelan mengikut ciri ciri seperti yang diinginkan. Mereka menghasilkan pelan lokasi dengan menggunakan kesemua kemudahan yang telah tersedia di dalam aplikasi microsoft office word. Setelah diberi tunjuk ajar, mereka mampu untuk menghasilkan pelan lokasi seperti yang diinginkan secara kreatif dan menarik.