Tarikh : 10 Ogos 2018

Masa : 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 5 orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas video ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai tokoh dan pemimpin kemerdekaan yang telah berkorban demi bangsa dan negara.

 

Aktiviti

Pengguna telah diberi pendedahan dan tayangan video mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan di negara Malaysia ini. Di dalam video tersebut juga terkandung setiap pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk negara tercinta. Dengan adanya tayangan seperti ini, pengguna juga lebih memahami tentang pengorbanan yang telah dilakukan dengan lebih dekat. Setelah selesai tayangan, pengguna akan diuji dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan video yang telah mereka tonton. Ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka terhadap kemerdekaan negara.