Tarikh : 16 & 17 Mei 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 15 orang 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada pengguna mengenai maklumat keusahawanan serta cara-cara untuk menguruskan perusahaan.

 

Aktiviti

Pengguna diajar untuk menguruskan perniagaan mereka mngikut strategi yang betul untuk membolehkan mereka menjadi usahawan yang lebih berjaya.Penggunaan microsoft excel turut digunakan untuk menjadikan proses perniagaan mereka berjalan dengan lebih lancar kerana sistem aliran tunai dan pengiraan kos turut diajar. Dengan adanya ilmu mengenai penggunaan microsoft excel, sistem kewangan mereka akan lebih teratur dan efisen.

Tarikh : 14 Mei 2018

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 2 orang 

 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai penggunaan media sosial di komputer secara berhemah dan lebih selamat.

 

Aktiviti

Pengguna diajar untuk mendaftar dan membuka akaun media sosial mereka. Setiap penggunaan dan posting mereka perlulah mengikut peraturan seperti yang telah ditetapkan oleh SKMM. Dengan cara ini, segala maklumat peribadi akan disimpan dengan lebih selamat. Pengguna juga haruslah bijak menggunakan internet agar tidak terlibat dengan gejala negatif dan jenayah siber.

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 15 April 2018

Masa : 3.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas microsoft excel diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk menggunakan aplikasi tersebut. Di dalam microsoft excel , mereka lebih mengetahui mengenai formula yang perlu digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan dengan lebih cepat dan mudah.

 

Aktiviti

Pelajar diberi tugasan untuk membina jadual ringkas dan carta pai berdasarkan apa yang mereka pelajari. Justeru itu, mereka boleh menggunakan kemahiran dan ilmu yang ada untuk tugasan sekolah yang akan datang.

Tarikh : 14 Mei 2018

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 4 orang 

 

Tujuan

Taklimat My Komuniti diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat , memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai aplikasi dashboard iaitu My Komuniti. Selain itu , taklimat ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti setempat untuk lebih selalu menggunakan aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti.

 

Aktiviti

Komuniti belajar cara untuk membuat ucapan dan sekaligus  membuat ucapan sempena majlis hari guru.

Tarikh : 14 April 2018                                

Masa : 3.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengguna mengenai penggunaan microsoft word dalam sesuatu urusan.

 

Aktiviti

Pengguna pelajari cara menaip dan menggunakan microsoft word untuk menyiapkan tugasan persekolahan dan tugasan peribadi. Pengguna juga pelajari elemen tambahan lain yang terdapat di dalam microsoft word untuk menjadikan tugasan mereka lebih menarik. Selain itu, pengguna juga dilatih untuk melakukan risalah. Dengan itu, pengguna boleh menggunakan kemahiran yang ada untuk masa akan datang.