Tarikh : 13 April 2018                               

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat tentang komponen komponen komputer dan cara penggunaannya. Selain itu, mereka juga diajar cara cara untuk menggunakan aplikasi asas yang terdapat di dalam komputer seperti microsoft office. Mereka akan diberi tugasan untuk melihat tahap kefahaman mereka melalui ajaran yang diberikan oleh petugas pi sekaligus memahirkan mereka mengguna aplikasi tersebut.

 

Aktiviti

Kelas ini terdiri daripada pelajar pelajar daripada perpustakaan desa Kampung Lamir Pekan, Pahang. Mereka telah diberi pendedahan yang jelas mengenai komponen yang terdapat di komputer serta penggunaannya. Mereka juga telah diberi penjelasan mengenai mocrosoft office iaitu microsoft word. Mereka diberi tunjuk ajar tentang microsoft word kerana penggunaan ini penting untuk pelajar terutamanya dalam menjalankan tugas tugas persekolahan. Setelah diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaannya , mereka telah ditugaskan untuk menyiapkan satu risalah pengiklanan. Dengan ini, kemahiran mereke untuk menggunakan microsoft word dapat dilihat dan diperbaiki.

Tarikh : 12 April 2018

Masa : 9.30 Pagi - 10.30 Pagi                

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Taklimat memperkenalkan emel ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keahlian pi kepada yang mengikuti taklimat ini dan tujuan yang utama adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai e-mel dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat mengenai maksud e-mel. Mereka diajar penggunaan dan kepentingan e-mel. Selepas itu, mereka telah membuat pendaftaran akaun e-mel dan sekaligus menbuat penghantaran e-mel buat pertama kali. 

Tarikh : 30 Mac 2018

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3

Peserta : 1 orang 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna untuk membuat resume mengikut kriteria yang betul.

 

Aktiviti

Pengguna telah dilatih oleh petugas pusat internet untuk melakukan resume mereka sendiri. Resume adalah penting untuk dilakukan mengikut kriteria yang tepat supaya permohonan jawatan kosong dapat menarik minat sesebuah syarikat. Pengguna diberi pendedahan tentang maklumat penting yang perlu diisi dalam sebuah resume. Resume yang menarik dan berkualiti adalah yang terbaik .

Tarikh : 11 April 2018

Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi : PI Peramu Jaya 3

Peserta : 17 orang 

 

Tujuan

Kelas e-rezeki ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat tentang maksud e-rezeki , kelebihan dan kepentingannya. Selain itu, kelas ini juga diadakan adalah untuk membantu mereka yang tidak mempunyai pendapatan serta berpendapatan rendah untuk menjana lebih pendapatan secara lebih mudah.

 

Aktiviti

Mereka diberi taklimat terlebih dahulu mengenai maksud e-rezeki, fungsi dan kepentingannya. Setelah itu, mereka akan membuat pendaftaran e-rezeki. Setelah pendaftaran e-rezeki siap, senarai tugas akan disiarkan dan mereka boleh memilih pekerjaan yang bersesuaian mengikut kehendak sendiri. Setelah pekerjaan siap dipilih dan dilaksanakan, mereka akan mendapat bayaran tersendiri melalui syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut. Bayaran akan terus dimasukkan ke akaun sendiri.

Tarikh : 23 Mac 2018                                

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3

Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Tujuan program KDB diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan berilmu dalam ICT. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih mereka agar mahir menggunakan komputer dan aplikasi yang terdapat di dalam komputer seperti microsoft word , microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Disamping itu mereka juga boleh menggunakan aplikasi tersebut di dalam tugas tugas persekolahan yang dipelajari.

 

Aktiviti

Pengguna diajar dan diarah untuk menyiapkan satu kad ucapan secara kreatif dan kritis . Mereka perlu mencipta satu kad ucapan untuk dihantar kepada kenalan mereka. Mereka juga diarahkan untuk menggunakan kesemua elemen yang telah dipelajari untuk menjadikan kad ucapan tersebut menarik.