Nama : Puan Jazuraini Bt. Abd Ghani

Umur : 44 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Jazuraini adalah seorang wanita & ibu kepada tiga orang anak. Beliau merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Walaubagaimanpun beliau mula berjinak-jinak dengan Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada awal tahun 2019. Beliau menjual secara kecil-kecilan dengan menjual produk sendiri iaitu Lada Kisar .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang berkemahiran menggunakan komputer. Walaubagaimanapun, beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan berminat mendalami lagi kemahiran dalam bidang komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau juga menggunakan kemahiran komputer dan internet yang didapati di Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mempromosikan Lada Kisar di media sosial Facebook dan melalui whatsapp.

Nama : Raja Muhammad Harith bin Raja Mazram 

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar belakang

 

Raja Muhammad Harith adalah seorang pelajar lepasan sekolah yang masih menganggur dan belum bekerja. Walaubagaimanpun beliau mula berjinak-jinak dengan Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada awal tahun 2019. Beliau dan ibunya mempunyai idea untuk berjual secara kecil-kecilan dengan menjual produk sendiri iaitu Popia Keju Rangup.Secara tidak langsung, beliau mengisi masa menganggur dengan bekerja sementara dan menjual Popia Keju Rangup.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau seorang yang berkemahiran menggunakan komputer. Walaubagaimanapun, beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan berminat mendalami lagi kemahiran dalam bidang komputer dan internet. Beliau mengikuti Latihan Asas Keusahawanan di Pusat Internet Peramu Jaya 3.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau juga menggunakan kemahiran komputer dan internet yang didapati di Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mempromosikan Popia Keju Rangup di media sosial Facebook dan melalui whatsapp.

USAHAWAN TUDUNG

 

Nama : Puan Nurwahilah binti Mohd Nasir

Umur : 33 Tahun

Ahli : 2018

 

 

Latar belakang

Puan Nurwahilah adalah seorang guru di sebuah TASKA Perpaduan dalam daerah Pekan . Beliau baru berjinak-jinak dengan Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada tahun ini 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang berkemahiran menggunakan komputer kerana profesionnya dalam bidang perguruan. Walaubagaimanapun, beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan berminat mendalami lagi kemahiran dalam bidang komputer dan internet. Memandangkan beliau juga turut menjalankan bisnes perniagaan tudung, beliau seringkali ke pusat internet untuk tujuan perniagaan tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran di TASKA juga untuk kegunaan lain seperti membuat Buku Aturcara Program di TASKA. Beliau juga menggunakan kemahiran komputer untuk mempromosikan tudung di media sosial Facebook.

 

 

 

Nama : Harris Murshidi bin Che Musa

Umur : 12 Tahun

Ahli : 2015

 

Latar belakang

 

Adik Harris Murshidi merupakan salah seorang murid SK. Pulau Serai dan telah menjadi ahli Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada tahun 2015. Pada mulanya, beliau seorang yang tidak mahir menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, beliau berminat untuk mendalami bidang komputer dan internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada awal tahun 2015 untuk belajar asas komputer dan internet. Beliau datang bersama adik – beradik yang lain. Seterusnya, Harris Murshidi telah mengikuti dan berjaya menamatkan Kursus Asas Komputer yang merangkumi Microsoft Office iaitu MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau semakin mahir menggunakan komputer dan internet. Malahan beliau selalu hadir ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga sering menyertai pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet Peramu Jaya 3 seperti Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada bulan Februari 2019.

USAHAWAN IKS SOS

Nama : Tengku Farah Fatmawaty bt. Tengku Mohd Mustaffar

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Farah merupakan ahli PI Peramu Jaya 3 dan mula menjadi ahli pada tahun 2018 setelah memperkenalkan produk beliau kepada petugas Pusat Internet Peramu Jaya 3. Beliau dan suami menghasilkan produk pelbagai sos mengikut citarasa sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang mahir menggunakan komputer dan internet. Walaubagaimana pun beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mendapatkan dan mendalami lagi ilmu komputer dan internet. Ini adalah disebabkan ilmu komputer dan internet sering berkembang maju dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Puan Farah mengunjungi Pusat Internet untuk mengemaskini maklumat produk menggunakan media sosial sepert Facebook dan Intsgram.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau semakin mahir menggunakan media sosial dalam Facebook untuk memasarkan produk pelbagai sos kepada orang ramai dalam daerah Pekan dan seterusnya ke luar negara.