Nama : Mustakhimah binti Yussof 

Umur : 18 Tahun

Ahli : 2010

 

Latar belakang

 

Mustakhimah binti Yussof merupakan ahli PI Peramu Jaya 3 dan mula menjadi ahli pada tahun 2010. Beliau adalah pelajar lepasan SPM 2017 yang mana adalah salah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Beliau selalu mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah yang dibekalkan oleh gurunya. Baru- baru ini beliau mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mengisi borang UPU Online. Beliau berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan mengikuti kursus Asasi Fizikal baru- baru ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada mulanya adik Mustakhimah tidak pandai menggunakan komputer untuk mencari maklumat dengan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mendekati PI Peramu Jaya 3, beliau mula belajar sedikit demi sedikit tentang komputer dan internet. Beliau telah mengikuti Kelas Asas Komputer di PIPeramu Jaya 3 dan berjaya menghabiskan Modul Asas Komputer dan Internet serta Asas Microsoft Office 2010.