Nama : Nur Ain Fitriyah Binti Ahmad Suhaimi

Umur : 18 Tahun

Ahli : 2013

 

Latar belakang

 

Nur Ain Firiyah adalah salah seorang pelajar lepasan SPM. Beliau baru berjinak-jinak dengan PI Peramu Jaya 3 sejak tahun 2013  dan telah menjadi ahli pada tahun tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau adalah seorang yang  tidak mahir menggunakan komputer kerana tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah. Menyedari betapa pentingnya penggunaan komputer dan internet, beliau mengikuti kelas Asas Komputer di Pusat Internet Peramu Jaya 3.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran dan mengulangkaji pelajaran. Akhirnya, beliau berjaya menamatkan pendidikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun, Terengganu.

Nama : Mustakhimah binti Yussof 

Umur : 18 Tahun

Ahli : 2010

 

Latar belakang

 

Mustakhimah binti Yussof merupakan ahli PI Peramu Jaya 3 dan mula menjadi ahli pada tahun 2010. Beliau adalah pelajar lepasan SPM 2017 yang mana adalah salah seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Beliau selalu mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah yang dibekalkan oleh gurunya. Baru- baru ini beliau mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mengisi borang UPU Online. Beliau berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan mengikuti kursus Asasi Fizikal baru- baru ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada mulanya adik Mustakhimah tidak pandai menggunakan komputer untuk mencari maklumat dengan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mendekati PI Peramu Jaya 3, beliau mula belajar sedikit demi sedikit tentang komputer dan internet. Beliau telah mengikuti Kelas Asas Komputer di PIPeramu Jaya 3 dan berjaya menghabiskan Modul Asas Komputer dan Internet serta Asas Microsoft Office 2010.

USAHAWAN KECIL PELBAGAI MAKANAN

Nama : Puan Roshafizan binti Hassan

Umur : 30 Tahun

Ahli :  2013

 

Latar belakang

 

Puan Roshafizan adalah salah seorang peniaga kecil-kecilan yang mana beliau mengusahakan perniagaan berhampiran dengan rumah sendiri bersama keluarga. Beliau baru berjinak-jinak dengan PI Peramu Jaya 3 sejak tahun 2013  dan telah menjadi ahli pada tahun tersebut. Beliau berniaga menjual pelbagai makanan sarapan pagi dan juga menyediakan pelbagai kuih- muih tempatan untuk minum petang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau adalah seorang yang mahir menggunakan komputer kerana latar belakang pendidikan yang baik dan menamatkan pendidikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan komputer dan sentiasa mempromosikan produk menggunakan media sosial seperti Facebook dan Page Facebook..

Nama : Nur Atiqah Husna Binti Abdul Basek 

Umur : 18 Tahun

Ahli : 12 Mac 2018

 

 

Latar belakang

Nur Atiqah Husna bt. Abd. Basek merupakan ahli PI Peramu Jaya 3 dan mula menjadi ahli pada tahun 2018. Beliau adalah pelajar lepasan SPM 2017 yang mana adalah salah seorang pelajar cemerlang berjaya mencapai 5A dalam peperiksaan tersebut. Beliau selalu mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah yang dibekalkan oleh gurunya. Baru- baru ini beliau mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mengisi borang UPU Online.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya adik Nur Atiqah Husna tidak pandai menggunakan komputer untuk mencari maklumat dengan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mendekati PI Peramu Jaya 3, beliau mula belajar sedikit demi sedikit tentang komputer dan internet. Beliau telah mengikuti Kelas Asas Komputer di PI Peramu Jaya 3 dan berjaya menghabiskan Modul Asas Komputer dan Internet serta Asas Microsoft Office 2010.

USAHAWAN KECIL CENDERAMATA

Nama : Nurul Khairunnisa Bt Zakaria

Umur : 24 Tahun

Ahli : 23.10.2017

 

 

Latar belakang

 Cik Khairunnisa mengusahakan dan menghasilkan sendiri cenderamata di rumahnya. Beliau merupakan seorang usahawan sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 sahaja sebulan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Peramu Jaya 3, beliau kini telah memiliki facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk cenderamata beliau hingga ke seluruh Malaysia. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah hampir  RM1000 sebulan dan lebih