LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nur Alya Bt Mohd Rosmainizam

Tarikh Lahir : 26 Ogos 2001

Umur : 18

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat Pekan Pahang

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau kurang mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dan Microsoft Office dalam tugasan persekolahannya. Selain itu , beliau juga kurang pengetahuan tentang kepentingan ICT kepada nya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program kelas asas yang diadakan di PI , beliau menjadi semakin mahir untuk menggunakan Microsoft Office sekaligus memudahkan beliau dalam menyiapkan tugasan persekolahan yang diberi.Selain itu, beliau juga mahir menggunakan komputer dan internet untuk mencari maklumat yang diperlu. Oleh yang demikian , beliau sering berkunjung ke PI untuk aktiviti pembelajarannya disamping menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh petugas PI.

 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel

     4. Mempelajari cara menggunakan Internet

 

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 1. PI membantu memberikan latihan asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

 2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

 3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

 4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

 5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

  6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul di internet.