Nama : Harris Murshidi bin Che Musa

Umur : 12 Tahun

Ahli : 2015

 

Latar belakang

 

Adik Harris Murshidi merupakan salah seorang murid SK. Pulau Serai dan telah menjadi ahli Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada tahun 2015. Pada mulanya, beliau seorang yang tidak mahir menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, beliau berminat untuk mendalami bidang komputer dan internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada awal tahun 2015 untuk belajar asas komputer dan internet. Beliau datang bersama adik – beradik yang lain. Seterusnya, Harris Murshidi telah mengikuti dan berjaya menamatkan Kursus Asas Komputer yang merangkumi Microsoft Office iaitu MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau semakin mahir menggunakan komputer dan internet. Malahan beliau selalu hadir ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga sering menyertai pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet Peramu Jaya 3 seperti Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada bulan Februari 2019.