Nama : Raja Muhammad Harith bin Raja Mazram 

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2019

 

Latar belakang

 

Raja Muhammad Harith adalah seorang pelajar lepasan sekolah yang masih menganggur dan belum bekerja. Walaubagaimanpun beliau mula berjinak-jinak dengan Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada awal tahun 2019. Beliau dan ibunya mempunyai idea untuk berjual secara kecil-kecilan dengan menjual produk sendiri iaitu Popia Keju Rangup.Secara tidak langsung, beliau mengisi masa menganggur dengan bekerja sementara dan menjual Popia Keju Rangup.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau seorang yang berkemahiran menggunakan komputer. Walaubagaimanapun, beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan berminat mendalami lagi kemahiran dalam bidang komputer dan internet. Beliau mengikuti Latihan Asas Keusahawanan di Pusat Internet Peramu Jaya 3.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau juga menggunakan kemahiran komputer dan internet yang didapati di Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mempromosikan Popia Keju Rangup di media sosial Facebook dan melalui whatsapp.