Nama : Nur Atiqah Husna Binti Abdul Basek 

Umur : 18 Tahun

Ahli : 12 Mac 2018

 

 

Latar belakang

Nur Atiqah Husna bt. Abd. Basek merupakan ahli PI Peramu Jaya 3 dan mula menjadi ahli pada tahun 2018. Beliau adalah pelajar lepasan SPM 2017 yang mana adalah salah seorang pelajar cemerlang berjaya mencapai 5A dalam peperiksaan tersebut. Beliau selalu mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah yang dibekalkan oleh gurunya. Baru- baru ini beliau mengunjungi PI Peramu Jaya 3 untuk mengisi borang UPU Online.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya adik Nur Atiqah Husna tidak pandai menggunakan komputer untuk mencari maklumat dengan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak mendekati PI Peramu Jaya 3, beliau mula belajar sedikit demi sedikit tentang komputer dan internet. Beliau telah mengikuti Kelas Asas Komputer di PI Peramu Jaya 3 dan berjaya menghabiskan Modul Asas Komputer dan Internet serta Asas Microsoft Office 2010.