USAHAWAN TUDUNG

 

Nama : Puan Nurwahilah binti Mohd Nasir

Umur : 33 Tahun

Ahli : 2018

 

 

Latar belakang

Puan Nurwahilah adalah seorang guru di sebuah TASKA Perpaduan dalam daerah Pekan . Beliau baru berjinak-jinak dengan Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada tahun ini 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang berkemahiran menggunakan komputer kerana profesionnya dalam bidang perguruan. Walaubagaimanapun, beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan berminat mendalami lagi kemahiran dalam bidang komputer dan internet. Memandangkan beliau juga turut menjalankan bisnes perniagaan tudung, beliau seringkali ke pusat internet untuk tujuan perniagaan tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran di TASKA juga untuk kegunaan lain seperti membuat Buku Aturcara Program di TASKA. Beliau juga menggunakan kemahiran komputer untuk mempromosikan tudung di media sosial Facebook.