USAHAWAN IKS SOS

Nama : Tengku Farah Fatmawaty bt. Tengku Mohd Mustaffar

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Farah merupakan ahli PI Peramu Jaya 3 dan mula menjadi ahli pada tahun 2018 setelah memperkenalkan produk beliau kepada petugas Pusat Internet Peramu Jaya 3. Beliau dan suami menghasilkan produk pelbagai sos mengikut citarasa sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang mahir menggunakan komputer dan internet. Walaubagaimana pun beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mendapatkan dan mendalami lagi ilmu komputer dan internet. Ini adalah disebabkan ilmu komputer dan internet sering berkembang maju dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Puan Farah mengunjungi Pusat Internet untuk mengemaskini maklumat produk menggunakan media sosial sepert Facebook dan Intsgram.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau semakin mahir menggunakan media sosial dalam Facebook untuk memasarkan produk pelbagai sos kepada orang ramai dalam daerah Pekan dan seterusnya ke luar negara.