Tarikh : 22 Disember 2017

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang                  

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Taklimat memperkenalkan emel ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keahlian pi kepada yang mengikuti taklimat ini dan tujuan yang utama adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai e-mel dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat mengenai maksud e-mel. Mereka diajar penggunaan dan kepentingan e-mel. Selepas itu, mereka telah membuat pendaftaran akaun e-mel dan sekaligus menbuat penghantaran e-mel buat pertama kali. 

Tarikh : 21 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi                  

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang produk yang dijual di dalam My Shop sekaligus menggalakkan mereka untuk membuat pembelian secara dalam talian yang ternyata lebih murah dan mudah.

Aktiviti

Pengguna mula mendaftar masuk ke dalam dashboard komuniti dan mereka mula melihat produk baru yang dijual dan diiklankan. Terdapat pengguna yang membuat pembelian ke atas produk yang diminati. Mereka membuat tempahan dan pembelian secara atas talian.

Tarikh : 16 Disember 2017                                

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 9 orang

 

 

Tujuan

Taklimat pertandingan dashboard komuniti diadakan adalah untuk memberi penjelasan tentang pertandingan tersebut dan kandungannya. Selain itu, komuniti juga diajar untuk menyertai kuiz yang terdapat di dalam pertandingan tersebut untuk menjadi pemenang.

Aktiviti

Komuniti mendaftar masuk akaun dashboard komuniti masing masing di dalam komputer dan memilih butang my komuniti. Di dalam my komuniti , terdapat kuiz yang disiarkan.Komuniti menjawab kuiz tersebut yang terdiri daripada beberapa soalan. Komuniti harus menjawab kesemua kuiz untuk membolehkan mereka menang pertandingan tersebut. Kuiz yang siap dijawab dihantar kepada pihak pentadbir melalui butang submit yang telah diklik.

Tarikh : 20 Disember 2017

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 12 orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu kepada pelajar dan pengguna dalam keadaan cara yang berbeza iaitu di dalam konsep belajar sambil bermain. Ini juga dapat menarik minat pengguna untuk lebih belajar dan pintar.

 

Aktiviti

Pelajar dan pengguna belajar bahasa inggeris sambil bermain. Permainan tersebut juga dibahagikan kepada beberapa kategori seperti binatang , tumbuhan , warna , pakaian dan lain lain lagi. Pengguna perlu meneka apakah jawapan kepada kategori tersebut dengan menekan butang huruf yang disediakan. Terdapat satu imej patung disebelah melambangkan pengguna tersebut.Jika satu huruf yang salah dipilih maka satu persatu bahagian tubuh badan patung tersebut akan dipotong. Pengguna perlu bijak memilih huruf dan meneka apakah jawapan berdasarkan jumlah tempat kosong yang disediakan.

Tarikh : 15 Disember  2017  

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang    

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan my health dan kepentingannya.

Aktiviti

Komuniti telah membuat ujian tekanan darah dan mengukur tahap berat badan mereka.Setelah itu, mereka telah dipaparkan hasil ujian tersebut melalui aplikasi dashboard komuniti.