Tarikh : 22 Februari 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program ini adalah bertujuan untuk melatih kanak-kanak mewarna secara dalam talian sekaligus melatih mereka mahir menggunakan komputer untuk melakukan aktiviti sekolah.
Aktiviti
Program bewarna secara dalam talian ini adalah program untuk kanak-kanak tadika KEMAS. Mereka diajar untuk mewarna satu gambar yang dipaparkan secara dalam talian. Mereka diajar warna-warna yang sesuai digunakan untuk mewarna gambar tersebut sebagai contoh daun harus diwarnakan dengan warna hijau. Selain itu, mereka juga mempelajari tentang gambar apa yang mereka lihat tersebut. Selain itu, mereka juga mempelajari bagaimana hasil yang mereka dapati jika mewarna menggunakan bahan yang berbeza. Sebagai contoh apabila mewarna menggunakan pensel warna, warna yang terhasil sedikit kecil tetapi jika mereka menggunakan berus warna, hasilnya sedikit besar. Selain mendapat keseronokan belajar yang sedikit berbeza daripada kebiasaan , mereka juga dapat belajar cara menggunakan komputer dengan betul.