Tarikh : 30 Disember 2017                                

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Taklimat My Komuniti diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat , memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai aplikasi dashboard iaitu My Komuniti. Selain itu , taklimat ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti setempat untuk lebih selalu menggunakan aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti.

 

Aktiviti

Komuniti belajar cara untuk membuat ucapan dan sekaligus  membuat ucapan sempena cuti umum tahun baru 2018.

Tarikh : 29 Disember 2017

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 6 orang 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat pengguna untuk lebih belajar dalam keadaan dan suasana yang lain serta lebih ceria.

 

Aktiviti

Pengguna menjawab kuiz semasa yang telah dipaparkan di skrin hadapan. Setiap soalan diwakili dengan sejumlah wang. Semakin tinggi aras soalan, semakin banyak wang yang akan diterima.Jika pengguna menjawab dengan jawapan yang salah, wang tersebut terpaksa dipulangkan dan amaun yang ada di dalam akaun masing-masing kembali 0. Pengguna menjadi lebih semangat untuk menjawab dengan lebih betul kerana hanya yang mempunyai wang terbanyak dikira sebagai pemenang.

Tarikh : 26 Disember 2017

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 5 orang 

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai penggunaan instagram dengan betul. Selain itu, pengguna juga boleh mengisi gambar melalui komputer.

 

Aktiviti

Pengguna mencipta akaun instagram masing masing. Mereka mula mencipta gambar yang lebih bermoral dan membawa kebaikan kepada diri sendiri serta orang ramai. Selain itu, mereka juga mencipta slogan yang membawa kepada kecintaan negara. Seterus nya merek mula mengisi gambar tersebut di instagram sendiri. Mereka boleh menggunakan komputer memandangkan tidak ramai yang mempunyai telefon bimbit sendiri.

Tarikh : 27 Disember 2017

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang    

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan my health dan kepentingannya.

 

Aktiviti

Komuniti telah membuat ujian tekanan darah dan mengukur tahap berat badan mereka.Setelah itu, mereka telah dipaparkan hasil ujian tersebut melalui aplikasi dashboard komuniti.

Tarikh : 22 Disember 2017

Masa : 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 4 orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas dan taklimat blog diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang penggunaan dan kelebihan menggunakan blog.

 

Aktiviti

Pengguna mencipta akaun blog dan mula menulis mengenai diri  masing masing. Disamping itu, mereka juga mempelajari cara untuk menghias blog menjadi lebih menarik. Selain itu, pengguna diajar cara untuk menulis dan menggunakan ayat yang baik dan lebih beretika.