Tarikh : 27 Januari 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kuiz ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna mengenai IT.
Aktiviti
Terdapat beberapa soalan mengenai IT yang dipaparkan di skrin dan pengguna harus memilih jawapan yang tepat yang telah disediakan. Kesemua soalan adalah mengenai IT dan isu semasa. Selain memperoleh maklumat, pengguna juga mengingat kembali apa yang mereka pelajari sewaktu kelas asas komputer yang telah dihadiri.
Tarikh : 19 Januari 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi1m Peramu Jaya 3 Peserta : 3 orang |
Tujuan
Kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat tentang komponen komponen komputer dan cara penggunaannya. Selain itu, mereka juga diajar cara cara untuk menggunakan aplikasi asas yang terdapat di dalam komputer seperti microsoft office. Mereka akan diberi tugasan untuk melihat tahap kefahaman mereka melalui ajaran yang diberikan oleh petugas pi1m sekaligus memahirkan mereka mengguna aplikasi tersebut.
Aktiviti
Kelas ini terdiri daripada pelajar pelajar daripada perpustakaan desa Kampung Lamir Pekan, Pahang. Mereka telah diberi pendedahan yang jelas mengenai komponen yang terdapat di komputer serta penggunaannya. Mereka juga telah diberi penjelasan mengenai mocrosoft office iaitu microsoft word. Mereka diberi tunjuk ajar tentang microsoft word kerana penggunaan ini penting untuk pelajar terutamanya dalam menjalankan tugas tugas persekolahan. Setelah diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaannya , mereka telah ditugaskan untuk menyiapkan satu risalah pengiklanan. Dengan ini, kemahiran mereke untuk menggunakan microsoft word dapat dilihat dan diperbaiki.
Tarikh : 9 Januari 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 7 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat pengguna untuk lebih belajar dalam keadaan dan suasana yang lain serta lebih ceria.
Aktiviti
Pengguna menjawab soalan yang telah diberi melalui pendengaran. Terdapat beberapa pilihan jawapan yang disiarkan skrin. Pengguna haruslah memilih jawapan yang tepat kepada soalan yang diberi. Soalan tersebut diberi melalui pendengaran. Mereka harus meneliti dan mendengar dengan baik untuk memilih jawapan yang tepat.
Tarikh : 10 Januari 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 5 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pengguna menggunakan microsoft office word serta mencipta jadual peribadi sendiri mengikut perancangan dan idea tersendiri. Disamping itu, mereka juga dapat mendisiplinkan diri dengan mengikuti jadual yang telah dibuat.
Aktiviti
Pengguna diajar untuk mencipta jadual mengikut langkah-langkah yang betul. Mereka menggunakan kotak jadual yang terdapat di dalam microsoft office word. Segala kandungan aktiviti untuk kalendar adalah perancangan masing-masing mengikut apa yang mereka telah dan akan lakukan dalam seharian mereka. Bermula daripada bangun tidur sehingga mereka tidur pada malam nya. Selain itu, mereka juga telah menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencantikkan kalendar tersebut mengikut citarasa sendiri.
Tarikh : 8 Januari 2018 Masa : 4.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 3 orang |
Tujuan
Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan my health dan kepentingannya.
Aktiviti
Komuniti telah membuat ujian tekanan darah dan mengukur tahap berat badan mereka.Setelah itu, mereka telah dipaparkan hasil ujian tersebut melalui aplikasi dashboard komuniti.