Tarikh : 18 Mac 2018

Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi : Pusat Internet Peramu Jaya 3

Peserta : 3 orang 

 

Tujuan

Kelas asas teknologi maklumat & komunikasi diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang internet dan pengenalan kepada internet yang perlu mereka pelajari.

 

Aktiviti

Pengguna diberi latihan dan maklumat tentang pengenalan kepada internet.Memandangkan pengguna adalah daripada golongan belia dan masih tidak mempunyai pekerjaan tetap, beliau dilatih untuk cara mencari dan menyemak kekosongan dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja. Beliau juga telah memohon beberapa jawatan kosong yang tersenarai. Dengan latihan yang diberi ini, beliau boleh melakukan aktiviti ini dengan sendiri pada masa akan datang.