Tarikh : 29 Disember 2017 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 6 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat pengguna untuk lebih belajar dalam keadaan dan suasana yang lain serta lebih ceria.
Aktiviti
Pengguna menjawab kuiz semasa yang telah dipaparkan di skrin hadapan. Setiap soalan diwakili dengan sejumlah wang. Semakin tinggi aras soalan, semakin banyak wang yang akan diterima.Jika pengguna menjawab dengan jawapan yang salah, wang tersebut terpaksa dipulangkan dan amaun yang ada di dalam akaun masing-masing kembali 0. Pengguna menjadi lebih semangat untuk menjawab dengan lebih betul kerana hanya yang mempunyai wang terbanyak dikira sebagai pemenang.