Tarikh : 10 Januari 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 5 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pengguna menggunakan microsoft office word serta mencipta jadual peribadi sendiri mengikut perancangan dan idea tersendiri. Disamping itu, mereka juga dapat mendisiplinkan diri dengan mengikuti jadual yang telah dibuat.
Aktiviti
Pengguna diajar untuk mencipta jadual mengikut langkah-langkah yang betul. Mereka menggunakan kotak jadual yang terdapat di dalam microsoft office word. Segala kandungan aktiviti untuk kalendar adalah perancangan masing-masing mengikut apa yang mereka telah dan akan lakukan dalam seharian mereka. Bermula daripada bangun tidur sehingga mereka tidur pada malam nya. Selain itu, mereka juga telah menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencantikkan kalendar tersebut mengikut citarasa sendiri.