Tarikh : 20 Disember 2017 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 12 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu kepada pelajar dan pengguna dalam keadaan cara yang berbeza iaitu di dalam konsep belajar sambil bermain. Ini juga dapat menarik minat pengguna untuk lebih belajar dan pintar.
Aktiviti
Pelajar dan pengguna belajar bahasa inggeris sambil bermain. Permainan tersebut juga dibahagikan kepada beberapa kategori seperti binatang , tumbuhan , warna , pakaian dan lain lain lagi. Pengguna perlu meneka apakah jawapan kepada kategori tersebut dengan menekan butang huruf yang disediakan. Terdapat satu imej patung disebelah melambangkan pengguna tersebut.Jika satu huruf yang salah dipilih maka satu persatu bahagian tubuh badan patung tersebut akan dipotong. Pengguna perlu bijak memilih huruf dan meneka apakah jawapan berdasarkan jumlah tempat kosong yang disediakan.