Tarikh : 20 Oktober 2017  

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi                  

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Taklimat memperkenalkan emel ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keahlian pi kepada yang mengikuti taklimat ini dan tujuan yang utama adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai e-mel dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat mengenai maksud e-mel. Mereka diajar penggunaan dan kepentingan e-mel. Selepas itu, mereka telah membuat pendaftaran akaun e-mel dan sekaligus menbuat penghantaran e-mel buat pertama kali. 

Tarikh : 20 Oktober 2017  

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang 

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang terlibat tentang komponen komponen komputer dan cara penggunaannya. Selain itu, mereka juga diajar cara cara untuk menggunakan aplikasi asas yang terdapat di dalam komputer seperti microsoft office. Mereka akan diberi tugasan untuk melihat tahap kefahaman mereka melalui ajaran yang diberikan oleh petugas pi sekaligus memahirkan mereka mengguna aplikasi tersebut.

 

Aktiviti

Kelas ini terdiri daripada pelajar pelajar daripada perpustakaan desa Kampung Lamir Pekan, Pahang. Mereka telah diberi pendedahan yang jelas mengenai komponen yang terdapat di komputer serta penggunaannya. Mereka juga telah diberi penjelasan mengenai mocrosoft office iaitu microsoft word. Mereka diberi tunjuk ajar tentang microsoft word kerana penggunaan ini penting untuk pelajar terutamanya dalam menjalankan tugas tugas persekolahan. Setelah diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaannya , mereka telah ditugaskan untuk menyiapkan satu risalah pengiklanan. Dengan ini, kemahiran mereke untuk menggunakan microsoft word dapat dilihat dan diperbaiki.

Tarikh : 8 Oktober 2017 

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi 

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 

Peserta : 20 Orang

 

Tujuan

Taklimat My Komuniti diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat , memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai aplikasi dashboard iaitu My Komuniti. Selain itu , taklimat ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti setempat untuk lebih selalu menggunakan aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti.

 

Aktiviti

Komuniti belajar cara untuk membuat ucapan dan sekaligus  membuat ucapan sempena cuti umum.

 

 

 

Tarikh : 17 Oktober 2017 

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang 

Lokasi : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Taklimat pertandingan dashboard komuniti diadakan adalah untuk memberi penjelasan tentang pertandingan tersebut dan kandungannya. Selain itu, komuniti juga diajar untuk menyertai kuiz yang terdapat di dalam pertandingan tersebut untuk menjadi pemenang.

 

Aktiviti

Komuniti menlog masuk akaun dashboard komuniti masing masing di dalam komputer dan memilih butang my komuniti. Di dalam my komuniti , terdapat kuiz yang disiarkan.Komuniti menjawab kuiz tersebut yang terdiri daripada 3 kuiz buat masa sekarang ini. komuniti harus menjawab kesemua kuiz untuk membolehkan mereka menang pertandingan tersebut. Kuiz yang siap dijawab dihantar kepada pihak pentadbir melalui butang submit yang telah diklik.

Tarikh    : 24 September 2017

Masa     : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi   : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 50 orang

 

Tujuan

Hari Dashboard Komuniti diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada semua mengenai aplikasi dashboard dan segmen-segmen yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.Tambahan, mereka semua diberi tunjuk ajar oleh petugas mengenai cara untuk menggunakan aplikasi tersebut secara di komputer dan telefon bimbit. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan bagi memeriahkan program dashboard tersebut seperti klik dengan bijak, skrip ke skrin dan e-waste.

 

Aktiviti

Setiap ahli mendengar taklimat mengenai aplikasi dashboard dan mereka diberi arahan untuk menggunakan aplikasi tersebut sejurus diberi tunjuk ajar. Pada mulanya mereka yang terdiri daripada golongan belia dan ke atas akan menggunakan aplikasi my health dimana mereka akan diuji tekanan darah. Selepas itu, mereka akan dapat melihat hasil tekanan darah melalui segmen my health di aplikasi dashboard tersebut. Sementara itu, golongan kanak - kanak akan melakukan ucapan melalui segmen my komuniti. Selepas itu, kesemua ahli telah diminta untuk melihat dan membuat pembelian barang yang diminati menerusi segmen my shop yang juga terdapat di aplikasi dashboard tersebut. Bagi mereka yang mempunyai perniagaan telah mengiklan kan perniagaan mereka melalui my shop tersebut. Sebagai akhir aktiviti, mereka semua telah diminta untuk menyertai skrip ke skrin iaitu melihat penghasilan video, klik dengan bijak iaitu membuat iklan kesedaran dan e-waste iaitu menyerahkan gadget yang tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan kitar semula.