Tarikh   : 5 - 7 September 2017 

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   : Pi Peramu Jaya 3

Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Promosi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta dan ahli pi mengenai pertandingan dashboard yang diadakan sekaligus menggalakkan mereka semua untuk menyertai pertandingan tersebut. Hari promosi ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada kalangan ahli pi sendiri. 

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas pi tentang cara untuk menyertai pertandingan dashboard komuniti 2017. Peserta diminta untuk menjawab kuiz yang disediakan di dalam aplikasi dashboard samaada di komputer atau di telefon bimbit masing masing. Selepas selesai menjawab kuiz, peserta diminta untuk memainkan permainan durian runtuh yang turur berada di aplikasi dashboard tersebut.