Tarikh : 14 - 15 September 2017 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada golongan dewasa yang terdiri daripada ahli pi mengenai apa itu my health. Mereka akan ditunjuk cara untuk menggunakan my health.
Aktiviti
Ahli pi yang terdiri daripada golongan dewasa akan menggunakan my health iaitu aplikasi untuk menguji tekanan darah dan berat badan mereka. Mereka hanya akan menggunakan alatan my health dan petugas pi akan memulakan alatan tersebut. Dari situ, tekanan darah mereka akan mula diuji dan akhirnya hasil bacaan tekanan darah akan dapat dilihat.
Tarikh : 11 - 12 September 2017 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan dan pencerahan kepada ahli pi mengenai apa itu my komuniti dan cara menggunakan segmen berikut.
Aktiviti
Ahli pi akan masuk akaun ke dalam aplikasi dashboard dan seterusnya akan ke segmen my komuniti. Mereka akan menulis maklumat atau menulis sebarang ucapan yang diingini ke dalam segmen my komuniti tersebut.
Tarikh : 17.8.2017 Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : PI Peramu Jaya 3 Peserta : 17 orang |
Tujuan | |
Lawatan ini diadakan untuk melihat prestasi kerja dan maklumat mengenai proses kerja yang dilakukan oleh petugas-petugas pi | |
Aktiviti | |
Petugas pi diminta untuk melakukan pembentangan mengenai pi dan hasil yang diperoleh. Selain itu, petugas juga perlu menyerahkan dokumen dan rekod-rekod mengenai pi untuk dinilai oleh pihak TM. |
Tarikh : 5 - 7 September 2017 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 15 orang |
Tujuan
Promosi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta dan ahli pi mengenai pertandingan dashboard yang diadakan sekaligus menggalakkan mereka semua untuk menyertai pertandingan tersebut. Hari promosi ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada kalangan ahli pi sendiri.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas pi tentang cara untuk menyertai pertandingan dashboard komuniti 2017. Peserta diminta untuk menjawab kuiz yang disediakan di dalam aplikasi dashboard samaada di komputer atau di telefon bimbit masing masing. Selepas selesai menjawab kuiz, peserta diminta untuk memainkan permainan durian runtuh yang turur berada di aplikasi dashboard tersebut.
Tarikh : 3 & 4 .8 . 2017 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pi1M Peramu Jaya 3 Peserta : 10 orang |
Tujuan | |
Program ini disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan dewasa.Promosi ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai apa itu dashboard dan pertandingan dashboard. | |
Aktiviti | |
Peserta akan diminta untuk memuatnaik aplikasi dashboard di telefon bimbit mereka.Seterusnya mereka akan bermain permainan yang telah disediakan di dalam pertandingan dashboard tersebut iaitu permainan aplikasi durian runtuh. |