Tarikh : 24 September 2017 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pi Peramu Jaya 3 Peserta : 50 orang |
Tujuan
Hari Dashboard Komuniti diadakan adalah untuk memberi pencerahan kepada semua mengenai aplikasi dashboard dan segmen-segmen yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.Tambahan, mereka semua diberi tunjuk ajar oleh petugas mengenai cara untuk menggunakan aplikasi tersebut secara di komputer dan telefon bimbit. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan bagi memeriahkan program dashboard tersebut seperti klik dengan bijak, skrip ke skrin dan e-waste.
Aktiviti
Setiap ahli mendengar taklimat mengenai aplikasi dashboard dan mereka diberi arahan untuk menggunakan aplikasi tersebut sejurus diberi tunjuk ajar. Pada mulanya mereka yang terdiri daripada golongan belia dan ke atas akan menggunakan aplikasi my health dimana mereka akan diuji tekanan darah. Selepas itu, mereka akan dapat melihat hasil tekanan darah melalui segmen my health di aplikasi dashboard tersebut. Sementara itu, golongan kanak - kanak akan melakukan ucapan melalui segmen my komuniti. Selepas itu, kesemua ahli telah diminta untuk melihat dan membuat pembelian barang yang diminati menerusi segmen my shop yang juga terdapat di aplikasi dashboard tersebut. Bagi mereka yang mempunyai perniagaan telah mengiklan kan perniagaan mereka melalui my shop tersebut. Sebagai akhir aktiviti, mereka semua telah diminta untuk menyertai skrip ke skrin iaitu melihat penghasilan video, klik dengan bijak iaitu membuat iklan kesedaran dan e-waste iaitu menyerahkan gadget yang tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan kitar semula.