Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Peramu Jaya 3 ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 di mana pada permulaan penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Peramu Jaya 3 dan mula ditukar nama kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) pada tahun 2013. Pusat Internet  ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan 'Information and Communications Technology' (ICT) kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Setelah hampir 6 tahun PI Peramu Jaya 3 ditubuhkan seramai 1000 orang ahli telah berdaftar. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di PEDI seperti kemudahan latihan secara percuma. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan lain yang disediakan.

Objektif Penubuhan PEDI.

  • memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan.
  • memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDII.
  • merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.
  • meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Perkhidmatan di PEDI.

PEDI menawarkan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua pengunjung. Antara latihan/ kursus /bengkel yang disediakan:

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran & e-dagang).
  • Desktop Publishing (Microsoft Office).
  • Adobe Photoshop.   
  • Intel Learn Easy Step (ILES).
  • Latihan Keusahawanan.
  • Kelas e-Rezeki


intel LatihanKeusahawanan

Selain itu, PEDI juga menawarkan perkhidmatan lain seperti internet jalur lebar, printing, scaning, fotostat, laminate, binding, dan menyediakan zon internet tanpa wayar   (wifi zone). PEDI juga menganjurkan program ICT bersama komuniti untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Kepentingan Penggunaan Aplikasi Elektronik

Masyarakat kini boleh menjalankan  urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga hanya dengan menggunakan kemudahan jalur lebar di PEDI. Antara kemudahan yang ada disediakan ialah:

  • mengiklan produk jualan/perkhidmatan secara online.
  • menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan.