essay competition poster

 

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan rakan strategik Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) dalam mempromosikan masalah kesihatan yang berkait rapat dengan penggunaan ICT.

Setiap tahun, sekretariat MIV akan menjemput wakil dari Kementerian Kesihatan untuk berkongsi dan menyebarluaskan kesedaran tentang kesan ICT terhadap kesihatan.

Untuk makluman semua, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menganjurkan Pertandingan Mengarang Esei Thalassemia Peringkat Kebangsaan 2018 untuk meningkatkan kesedaran remaja dan orang awam terhadap penyakit tersebut.

 

thalasemia1 thalasemia2thalasemia3

 

Selamat menjalani ibadah puasa. Salam Ramadhan Al-Mubarak 2018 bersamaan 1439 Hijrah.Semoga segala ibadah kita laksanakan sempurna dan diterima.

 

ramadhan

 

Pertandingan Video Pendek 2018

 

Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.