Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.
Peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial sepertiFacebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih).
No. |
Tajuk Subtema |
Tarikh Pertandingan |
1 |
#MyCuisine |
Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018); |
2 |
#MyDestination |
Mac hingga April |
3 |
#MyCulture |
Mei hingga Jun |
4 |
#MyShopping |
Julai hingga Ogos |
5 |
#MyHeritage |
September hingga Oktober |
6 |
#MyFamilyFun |
November hingga Disember |
Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi OKU 2017 anjuran Kementerian Sumber Manusia MSD.
Tarikh |
: 24 November 2017 (Jumaat) |
Masa |
: 9.00 pagi - 4.30 petang |
Tempat |
: Grand Ballroom, Aras 2 Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral No. 5 Jalan Stesen Sentral 50470 Kuala Lumpur |
Perasmi |
: YBhg. Dato' Mohd Jeffrey bin Joakim Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia |