LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nur Hidayah Bt. Yussof

Tarikh Lahir : 28 Januari 1993 

Umur : 31 Tahun

Pekerjaan : Usahawan

Pendidikan : Sekolah Menengah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, Pn.Hidayah sering ke NADI untuk tujuan menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti mencetak dan fotokopi dokumen. Beliau juga telah memperkenalkan perniagaannya namun tidak mendapat sambutan ramai.Oleh yang demikian , beliau telah mengikuti kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan dia NADI bagi mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas lagi terutama di platform media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan oleh staf NADI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di internet dan media sosial. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan. 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui NADI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.