LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Syed Amirul Mukminin Bin Syed Kamarulzaman

Tarikh Lahir : 1 Januari 2001

Umur : 23 Tahun

Pekerjaan : Guru dan usahawan

Pendidikan : Ijazah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, Amirul selalu hadir ke NADI untuk tujuan menyelesaikan tugasan nya.Disamping itu dia juga ada menjalankan perniagaan makanan dan minuman secara kecil kecilan dan kurang mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana kekurangan kemahiran dari segi promosi dan masa. Beliau sering datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang  sedia ada juga memperkenalkan perniagaannya.Beliau juga meminta pertolongan pihak NADI untuk membantu mempromosi perkhidmatan yang dijalankan beliau. Justeru itu, beliau telah berminat untuk menghadiri kelas keusahawanan di NADI untuk kebaikan perkhidmatan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf NADI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perkhidmatannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti NADI yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.Beliau sering mendapat tempahan perniagaannya daripada komuniti dan orang luar.Kini hasil jualannya bertambah dari masa ke semasa .

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui NADI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

NADI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

NADI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.