LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nor Shariza binti Roslan

Tarikh Lahir : 8 November 1986

Umur : 37 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Ketupat Palas Frozen

Pendidikan : Sekolah Menengah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum ini, Puan Shariza  menjalankan perniagaannya secara kecil kecilan sahaja di rumah . Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana tidak mempunyai  kemahiran  ICT & media sosial. Perniagaan beliau hanya diketahui oleh rakan dan jiran terdekat. Beliau sering datang ke PEDI untuk menggunakan perkhidmatan yang sedia ada seperti cetakan dan fotostat. Disebabkan itu , petugas PEDI mendapat tahu mengenai perniagaan beliau apabila beliau membuat cetakan untuk label produknya. Justeru itu, petugas PEDI telah mengadakan kelas bimbingan ICT dan usahawan untuk beliau untuk memperluaskan perniagaannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan oleh staf PEDI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di internet dan media sosial. Tambahan pula , beliau juga telah mempelajari kelas shopee dan lazada yang diadakan untuk mempromosi produk yang dihasilkan.Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan. Penjualan perniagaan beliau juga meningkat dari masa ke semasa. 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.