LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Wan Iskandar Bin Wan Ghafar

Tarikh Lahir : 7 Januari 1995

Umur : 27 Tahun

Pekerjaan : Penjual coway

Pendidikan : Diploma

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum ini, beliau sering ke PEDI menggunakan perkhidmatan PC yang disediakan.Beliau sering menggunakan PC untuk urusan penjualannya seperti memasukkan data dan sebagainya. Namun beliau mengalami kesukaran dan kurang mahir mengenai penggunaan PC dan cara untuk meningkatkan jualannya.Justeru itu beliau memilih untuk menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di PEDI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan oleh staf PEDI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan penjualannya di internet dan media sosial. Tambahan pula , beliau juga telah mempelajari kelas untuk mempromosi produk jualannya.Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan. Penjualan  beliau juga meningkat dari masa ke semasa. 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.