LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Mardhiah Bt Mohd Azman

Tarikh Lahir : 24 November 1998

Umur : 24 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Roti & Donut

Pendidikan : Diploma

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum ini, Cik Mardhiah menjalankan perniagaan roti & donut secara kecil kecilan di rumah dan tiada mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana kekurangan kemahiran dari segi promosi. Beliau sering datang ke PEDI untuk menggunakan perkhidmatan yang  sedia ada juga memperkenalkan perniagaannya.Beliau juga meminta pertolongan pihak PEDI untuk membantu mempromosi jualan beliau. Justeru itu, beliau telah berminat untuk menghadiri kelas keusahawanan di PEDI untuk kebaikan perniagaannya. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf PEDI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti PEDI yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.Beliau sering mendapat tempahan perniagaannya daripada komuniti dan orang luar.Kini hasil jualannya bertambah dari masa ke semasa dan beliau juga telah mempunyai bengkel dan kedai roti sendiri.Beliau juga telah mempunyai beberapa pekerja untuk menolong menghasilkan produknya kerana sentiasa mendapat permintaan ramai daripada komuniti setempat.

 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

 

Bagaimana PEDI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PEDI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PEDI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.