LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nur Nabilah Bt Mohd Muhamra 

Tarikh Lahir : 20 Februari 1998

Umur : 24 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Barangan Kelengkapan Rumah

Pendidikan : Diploma Pengurusan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum ini, Puan Nabilah sering ke PEDI untuk tujuan menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti mencetak dan fotokopi dokumen. Beliau juga telah memperkenalkan perniagaannya namun tidak mendapat sambutan ramai.Oleh yang demikian , beliau telah mengikuti kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan dia PEDI bagi mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih meluas lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Setelah menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan oleh staf PEDI Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di internet dan media sosial. Tambahan pula , beliau juga telah mempelajari kelas shopee dan lazada yang diadakan untuk mempromosi produk yang dihasilkan.Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan. Penjualan perniagaan beliau juga meningkat dari masa ke semasa. 

 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan media sosial untuk tujuan promosi produk.

 

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.