LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nor Shuhada Binti Mat Mizi

Tarikh Lahir : 22 April 1992

Umur : 30 Tahun

Pekerjaan : Pekerja swasta

Pendidikan : SMK 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI :

Puan Shuhada mempunyai kurang kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet. Beliau juga sering ke PEDI menggunakan komputer untuk tujuan mencari maklumat dan ilmu-ilmu tambahan. Disebabkan beliau kurang mahir menggunakan komputer dan internet , beliau telah bersetuju untuk menyertai kelas ICT yang diadakan di PEDI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI :

Setelah mengikuti program kelas ICT yang diadakan di PEDI, beliau menjadi semakin mahir untuk menggunakan Microsoft Office sekaligus memudahkan beliau dalam menyiapkan tugasannya.Selain itu, beliau juga mahir menggunakan komputer dan internet untuk mencari maklumat yang diperlu. Oleh yang demikian , beliau sering berkunjung ke PEDI untuk tujuan tugasan kerja atau mencari maklumat tambahan.

 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PEDI :

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel

     4. Mempelajari cara menggunakan Internet

 

Bagaimana PEDI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT :

 1. PEDI membantu memberikan latihan asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

 2. PEDI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

 3. PEDI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

 4. PEDI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

 5. PEDI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

  6. PEDI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul di internet.