LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nurul Izza Bt. Mohd Jusoh

Tarikh Lahir : 21 Disember 1982

Umur : 38 Tahun

Pekerjaan : Usahawan benih sayuran

Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, Puan Izza menjalankan perniagaannya secara kecil kecilan dan kurang mendapat sambutan kerana tidak mempunyai platform yang baik untuk memperluaskan perniagaannya.Puan Izza hanya mengiklankan produk perniagaannya di status whatsapp nya dan facebook miliknya. Hanya kenalan rapat sahaja yang mengenali dan mengetahui mengenai perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menghadiri kelas keusahawanan shoppee & lazada yang diadakan oleh staf PIK Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. beliau juga mendapat sambutan yang baik dan banyak melalui penjualan shoppee miliknya.Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti PIK yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PIK

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan