LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Munira Bt Mohd Salim

Tarikh Lahir : 19 Ogos 1984 

Umur : 37 tahun

Pekerjaan : Usahawan unico

Pendidikan : Sarjana Muda

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Munira merupakan ahli PIK semenjak 2009. Beliau sering ke PIK untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIK. Beliau berminat untuk menyertai kelas keusahawanan yang diadakan di PIK memandangkan beliau juga seorang usahawan. Namun begitu , pendapatan bulanan yang diterima kurang memberangsangkan kerana beliau kurang mahir untuk mempromosikan produk jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan di PIK , penjualan beliau semakin meningkat dan memberangsangkan. Selain itu , produk jualannya juga lebih dikenali ramai dan mendapat tempat di hati pelanggan. Puan Munira juga semakin mahir untuk menggunakan komputer bagi tujuan promosi produknya. Kini jualan beliau sudah mencecah ratusan ringgit dalam masa 2 minggu. Puan Munira juga turut menyertai kelas usahawan shoppe & lazada yang diadakan di PIK bagi memperkenalkan lagi produk beliau.

 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

4.Menyertai kelas shoppee & lazada.

 

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan