LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Mustakhimah Binti Yussof

Tarikh Lahir : 25 Februari 2000

Umur : 21 Tahun

Pekerjaan : Agen Mamasab Bakery

Pendidikan : Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Mustakhimah merupakan agen perniagaan Mamasab Bakery sejak daripada awal tahun 2020. Beliau sering ke PIK untuk mempelajari ilmu keusahawanan untuk meningkatkan jualan serta memperkenalkan produk perniagaan yang diceburinya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menghadiri kelas keusahawanan shoppee & lazada yang diadakan oleh staf PIK Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. beliau juga mendapat sambutan yang baik dan banyak melalui penjualan shoppee miliknya.Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti PIK yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PIK

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan