LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Puan Syarifah Nurul Jannah Bt Syed Ali

Tarikh Lahir : 14 November 1989

Umur : 29 Tahun

Pekerjaan : Guru & Usahawan

Pendidikan : Ijazah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini puan Syarifah sering hadir ke PIK untuk tujuan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau sering menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di PIK seperti mencetak dan menggunakan komputer namun pada suatu hari , beliau telah menyedari bahawa PIK turut mengadakan kelas usahawan bagi sesiapa sahaja yang ingin menyertai. Justeru itu , beliau telah berminat untuk menyertai kelas memandangkan beliau kurang kemahiran mengenai usahawan tetapi ingin mengembangkan bisnes yang diceburi. Puan Syarifah telah menghadiri kelas usahawan yang diadakan untuk memperkembangkan jualan produk Tupperware.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf PIK Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti PI yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PIK

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan